Tuesday, September 8, 2009
Mengampu tahap kronik!!!
Oleh: Mohd Hasbie Muda
1. Saya tidak pasti mengapa perkara ini masih wujud di dalam masyarakat Malaysia kita yang semakin bertambah ramai golongan cerdik pandainya.
2. Setiap kali Perdana Menteri baru mengumumkan gagasan atau slogan yang baru, ianya akan disambut dengan begitu ghairah dan taat setia tanpa berbelah bahagi.
3. Teringat sewaktu Pak Lah mengumumkan Islam Hadhari seawal beliau mengambil-alih kepimpinan negara 5 tahun lalu, konsep itu disambut dan dilaungkan dengan begitu rancak sekali. Semua perkara mahu di’Hadhari’kan. MPMUM (badan pelajar utama UM) sesi 2004 hingga 2007 juga pernah mewujudkan Biro Kerohanian dan Islam Hadhari.
Paling melucukan, ada menu-menu di hotel dan restoren ternama yang meletakkan nama Hadhari pada masakan mereka. Maka wujudlah nama-nama seperti Nasi Beriani Hadhari, Siakap Stim Hadhari dan Jus Tembikai Hadhari. Institusi lain juga tidak terkecuali.
4. Pada kali ini, Datuk Sri Najib mengitar semula satu konsep yang dinamakan 1Malaysia. Seperti biasa syarikat-syarikat korporat, institusi-institusi pendidikan tinggi, sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, kedai-kedai makan, restoran dan sebagainya berlumba-lumba menyekutukan mereka dengan 1Malaysia. Tidak salah untuk menyokong gagasan atau slogan pimpinan kerajaan jika ia difikirkan betul dan sesuai. Namun biarlah sokong kerana faham bukan sokong kerana mahukan perhatian.
5. Seperti biasa, gagasan PM yang terdahulu iaitu Islam Hadhari sudah dilupakan. Ustaz dan penceramah yang dahulu paling aktif bercakap tentang Islam Hadhari, pada hari ini sudah lupa prinsip Islam Hadhari yang pertama. Paling malang, orang ramai yang dahulunya menyokong kuat gagasan itu sudah tidak lagi berminat untuk bercakap tentang Islam Hadhari.
6. Saya yakin apabila PM baru nanti mengambil alih, 1Malaysia juga akan menjadi bahan yang layak disimpan di ‘Muzium Slogan’. Fenomena sokong bermusim ini boleh adalah antara contoh budaya ampu yang wujud dalam masyarakat kita.
7. Mengapa perkara ini berlaku?
8. Masyarakat yang malas berfikir akan memilih jalan-jalan pintas untuk mencapai sesuatu hajat. Ahli perniagaan yang mahukan projek, ahli akademik yang mahukan pengiktirafan dan populariti, pekerja yang mahukan kenaikan gaji dan pangkat, mahasiswa yang mahu kepentingan diri dijaga, dan semua golongan terdedah dengan budaya ini. Mengampu adalah salah satu jalan pintas yang sangat tidak bermaruah. Ia adalah suatu kesalahan yang berat bagi mana-mana individu yang mengaku bertamadun.
9. Seorang pengampu akan menurunkan tahap produktiviti negara baik secara kualitatif mahupun kuantitatif. Apabila persaingan tidak lagi berasaskan meritokrasi tetapi dipandu oleh keupayaan untuk berdampingan dengan pemilik kuasa, maka negara sebenarnya sedang bergerak ke arah malapetaka dan kehancuran. Pada suatu jangka masa yang panjang, kita sedang membina masyarakat kita yang semakin rendah nilainya.
10. Kita tidak dapat menahan apatah lagi menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan mengampu. Kita tidak mampu mengesan siapa, bila dan di mana jenayah mengampu itu dilakukan. Kita hanya mampu berdoa dan berpesan-pesan agar masyarakat kita tidak membudayakan ampu.
11. Apa yang kita mampu harapkan juga adalah setiap orang daripada kita agar berlaku jujur pada diri sendiri. Samada memilih untuk menjadi masyarakat yang mulia ataupun rela dipandang hina.
————
*Penulis ialah Presiden Economics Student Leaders Council (ECONS), sebuah badan pemikir dan NGO bebas terutamanya dalam isu-isu sosio-ekonomi negara, mengembangkan pemikiran kritis dalam politik dan ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Blog Pencak Bicara MHM kini menjadi ruang analisis dan perkongsian beliau.
Mengampu tahap kronik!!!
2009-09-08T11:41:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
Around the Blogs|
Archive
-
▼
2009
(757)
-
▼
September
(137)
- Tun Mahadet dah merajuk ooi!!
- Isa Samad pilihanku...
- Kes Rasuah Isa Samad, pernahkah beliau didakwa dim...
- Misteri undi Pos Bagan Pinang ?
- Isu jawatan KM digilir.. apa kata Yusmadi sebenarn...
- Umno: Dulu, kini dan selamanya – korup!
- Zulkefly calon PR dari PAS bagi PRK Bagan Pinang
- Demi meraih undi, Port Dickson Diisytihar Bandar T...
- Pesalah rasuah jadi calon?? Tranformasi korokmu N...
- Ambik kat hang Mahadet!!...Isa Samad calon BN
- Kami nak Dato ISA.. kalau tidak kami boikot
- Hadiah Aidilfitri buat Mahathir..
- Tahukah Anda.. Malaysia ini kaya sebenarnya..
- Ibrahim Ali : Anjing tersepit yang dilepaskan..
- Dengarlah rintihan mereka-mereka yang takut UMNO l...
- Apa Hak Ibrahim Ali?
- Inilah yang dikatakan PENCAPAIAN diutamakan.. Merc...
- Pembunuh A.Kugan akan didakwa esok?
- Kali ni.. Lembu, Kerbau dan Kambing pulak menziara...
- Rais kata "Tak ada sebab untuk menghalang Beyonce,...
- Bagan Pinang : Saiful dengan liwatnya.. Ezam pulak...
- Menamatkan dominasi MIC
- Mahadet suruh Samy cuti 20 tahun...
- SELCAT : Siapa Si Kucing Liar?
- BN Bagaikan langau kini...
- Kereta Perisai Second Hand.. tapi dibayar dengan h...
- MIC Bergolak Lagi
- SELCAT : Adakah kita sudah begitu sesat dengan fah...
- Kesian Isa Samad..
- PAS tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR
- UMNO : Ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman
- Siapa lantik Mahadet jadi penasihat PR ha???
- Malaysia Negara Islam yang lebih rasuah dari Yahud...
- Kalau nak berpolitik, sila turun dari Takhta...
- Malaysia rated 47th least corrupt, Penang Praised!...
- Bagan Pinang : PAS N9 cadangkan 3 nama..
- Apakah Pakatan Rakyat Bersedia Bentuk Kerajaan?
- F1 1Malaysia : Proton bermain api.
- Samy.. habis la hang! Najib dah jumpa parti baru g...
- SELCAT : Dulu Hassan Ali menyokong, sekarang menga...
- Dr Hassan Ali mesti saman Raja Petra
- Berkhidmat untuk Rakyat konon.. piiiirah!!
- ISA : Bebaskah Mat Sah jika masih dikongkong?
- Yang mendedahkan disiasat.. yang terdedah??
- MB Haram Jadah!! Tiada maaf bagimu...
- Tun Mahadet ni kata kat Isa Samad ka?
- Bagan Pinang : Insyaallah..Anggota Tentera Bersedi...
- Apa yang pembangkang buat 10 tahun lalu?
- Lawak Hari Raya : Mas Selamat Gembira ditahan ISA
- Alasan-alasan baru dari Samy Vellu untuk terus men...
- Sisters In Islam ni.. agen musuh Islam..
- How to access Malaysia Today by proxy to beat the ...
- Najib gelabah dengan pendedahan Malaysia Today
- OSA untuk melindungi dalang PKFZ?
- Samy bodek Najib pulak.. Dia kata " Mahadet jangan...
- MCA : Keputusan Presiden dibakul sampahkan.
- Selamat Hari Raya...
- Dari Bekas Tentera : Adakah BN akan menang di Baga...
- WAKE UP!!! Ours soldiers..
- Kalau Panglima Angkatan Tentera boleh dihina begin...
- PKFZ : Siapa musuh dalam selimut Najib??
- PKFZ : Macam biasa.. yang mendedahkan akan disiasa...
- "KETERBUKAAN" NAJIB: Era penapisan Internet bermul...
- Samy Vellu : Saya sedih... huwaaaaa..
- Jangan letak Isa Samad sebagai calon BN kata Mahat...
- Samy nak bodek Mahathir.. tapi kantoi.. Mahathir s...
- Inilah senario di dalam BN hari ini tuan-puan..
- Dr Mahathir Tak Marah MIC Tapi Sedih Dikecam Ahli ...
- Bagan Pinang : BN 55%, PR 45% ?
- Saham Proton jatuh hari ni...
- Mari kita tengok anggaran perbelanjaan mereka untu...
- MB N9 Dicabar Jawab Tuduhan Salahlaku
- F1 1Malaysia.. Kaya sangat ka negara kita ni??
- 80% Orang Muda membenci UMNO?
- UMNO yang sesatkan Melayu!!
- Igauan buruk Najib @ N31 - Bila bloggers telah dii...
- DSAI : Kutuklah saya 4 hari 4 malam... tapi...
- Projek Bas PLKN dianugerah kepada kroni Rosmah?
- Bagan Pinang : Apa diharap pada Angkatan Tentera?
- Rakyat akan tolak Parti bodoh sombong!
- Mahathir's Crooked Bridge insider story.
- UMNO dah sakit otak?
- UMNO mesti mati ! kerana hidup mereka dibuat-buat
- N31 Bagan Pinang Updated!!
- NAJIB Perdana Menteri terakhir dari UMNO?
- Masaalah MCA, masaalah BN jua..
- Majlis berbuka puasa bersama DSAI.
- UMNO minta nyawa....
- Mampukah UMNO kekalkan kerusi Bagan Pinang?
- Lemah MIC kerana Samy, lemah UMNO kerana siapa
- Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya
- Indian community fed up already with Samy..
- This song is dedicated to Samy Vellu
- Dei!!! Apa cerita ini??
- ISLAM menerajui DAP Cawangan Kampung Lembah Kinrar...
- WHAT NOW … TAIB, JABU AND JAMES MASING???
- Sokong PAS jika benar UMNO Parti Islam!!!
- ADUN UMNO merajuk......
- UMNO adalah Parti Islam...... kata Najib
- PENAN : Laporan mengesahkan kewujudan penderaan se...
- We have 3 stupid stages of life………..
- PKFZ : Super Task Force or Super Cover-up Task For...
- Saman RM218 Juta Terhadap Umno Ditolak
- PKFZ : After Task force here come Super Task Force...
- KEPALA LEMBU : Akhirnya mereka tunduk, tapi mana s...
- KEPALA LEMBU : Kenapa ketua Pemuda UMNO Selayang t...
- UNDI POS : Pengakuan seorang anggota Tentera
- KEPALA LEMBU : 6 Didakwa dibawah akta hasutan..
- KEPALA LEMBU : Ada juga penyokong rupanya mereka i...
- KEPALA LEMBU : Lembu-lembu akan didakwa esok.
- Singapura turunkan harga Minyak..
- Kenaikkan harga minyak membuktikan BN memang buta ...
- Tergamak Ismail Sabri menaikkan harga Petrol..
- MCA stand for Mau Cari Angpau?
- PKFZ : Penglibatan UMNO cuba ditutup..
- Mengampu tahap kronik!!!
- KEPALA LEMBU : Kata-kata hikmat dari mereka.
- KEPALA LEMBU : Mereka yang terlibat akan didakwa m...
- UMNO Permatang Pauh dicadangkan untuk bubar..
- KEPALA LEMBU : Siapa mereka ni?
- Lagi Pilihanraya Kecil? Mungkinkah yang Ke 10 di N...
- Kurang ajar!! Depa kencing kat gambar TG Hj.Hadi d...
- KEPALA LEMBU : Ini semua kerja orang GILA kata Sam...
- KEPALA LEMBU : 25 Laporan polis dibuat terhadap Hi...
- PRK yang ke sembilan di Negeri Sembilan!!
- Hishamuddin kluk klek..
- Hanya beberapa Adun sertai majlis Muhyidin
- Kartika oh Kartika!!!
- KEPALA LEMBU : Dalang didedah...
- RAMPASAN KUASA SELANGOR: Perancangan 16 Sept akan ...
- Beranikah Pakatan Rakyat Bakar Mahkamah?
- Najib hilang kawalan ke atas Umno
- Bila Harga Minyak Naik, Maka Ketahuilah Anda Tenta...
- ADUN Terengganu pulak nak letak jawatan?
- DUN Kota Seputed updated!!
- Apakah nasib UMNO dan LDP Japan sama???
- SEBAT: Jawapan untuk Tun Mahathir..
-
▼
September
(137)

