Monday, June 11, 2012
Terpedaya dengan Utusan rupanya.. sebab itulah pesara Polis ini fitnah Mat Sabu..
PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.
Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.
Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.
Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.
Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.
Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.
S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.
S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.
S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.
S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.
S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.
S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.
Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.
Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).
Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.
Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.
Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.
Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis. - Harakahdaily
Laporan Utusan yang disiarkan pada 27 Ogos 2011
Kenyataan Mat Sabu kurang ajar
PUTRAJAYA 27 Ogos - Bekas tentera di negara ini menyelar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong dan menyifatkan kenyataannya sebagai biadab dan kurang ajar.
Ketua Penerangan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Jurit Ramli yang amat terkejut dengan kenyataan Mohamad Sabu itu menegaskan, ia jelas satu penghinaan besar terhadap seluruh bekas anggota pasukan keselamatan negara serta keluarga arwah yang terkorban melawan komunis pada era darurat.
Serentak itu, bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam pasukan Malbatt Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyeru semua bekas tentera dan polis bersatu untuk 'menyerang hendap' Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
"Jika dia (Mohamad Sabu) sekali kurang ajar, kita (bekas tentera) akan lebih 10 kali kurang ajar terhadap dia.
"Kita pasti janjikan 'serang hendap' terhadap Mohamad Sabu dan Pas pada PRU13 jika Mohamad Sabu tidak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh bekas tentera dan keluarga arwah-arwah yang terkorban menentang komunis.
"Kita nak tengok semasa PRU13 itu sama ada Mohamad Sabu hendak dapatkan bantuan komunis ke atau tidak.
"Kita harap dia faham mesej keras kita ini, tapi yang jelas Mohamad Sabu ni memang tak tahu bersyukur dan mengenang budi... bekas tentera sungguh terluka dan sedih dengan kenyataan tidak berperikemanusiaan ini," katanya yang juga Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM) kepada Mingguan Malaysia, hari ini.
Dianggarkan ketika ini terdapat lebih 300,000 bekas tentera di negara ini manakala di sebelah pasukan polis seramai 150,000 orang.
Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, menganggap pengganas komunis dalam Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya yang membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri ketika serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya itu, Mohamad turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh itu pegawai British.
Mohd. Jurit berkata, sepatutnya pada bulan Ramadan yang mulia ini dan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-54, Mohamad Sabu menyedekahkan Fatihah kepada arwah-arwah anggota tentera yang terkorban melawan komunis dan menjaga keselamatan negara.
"Ini tidak, melalut tak tentu arah...kita harapkan Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dapat memberikan tazkirah kepada Mohamad Sabu...ramai tentera dan bekas tentera marah dengan kenyataan yang tidak disangka-sangka ini," katanya.
Utusan Online
Terpedaya dengan Utusan rupanya.. sebab itulah pesara Polis ini fitnah Mat Sabu..
2012-06-11T19:57:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
Mat Indera|PAS|
Archive
-
▼
2012
(1782)
-
▼
June
(172)
- Malaysia bertindak sebagai proksi Israel - The Tel...
- Saham FGV : Peneroka dapat 800 unit tapi Isa Samad...
- Utusan lapor saham FGV melonjak.. Reuters lapor sa...
- Gambar Norish Karman lahir anak luar nikah terseba...
- Mahathir beri amaran kepada Marina pasal BERSIH..
- Bakal Menantu Najib berada di Kolej Tentera Darat ...
- Bakal Menantu Najib bersembunyi di Malaysia?
- Rasuah RM193,512, Ketua Umno Bahagian Pandan diper...
- Bakal Besan Najib diburu Interpol kerana enam tudu...
- Guan Eng saman Utusan RM50 Juta pula...
- Bakal Besan Najib dan Rosmah ditahan di Dubai?
- Hina Sultan: Nizar disiasat, Uncle Seekers dibiark...
- Video Mari makan Biawak dan Monyet bersama Komando...
- Pagi Rafizi dedah Najib campur tangan tender.. mal...
- Nizar saman Utusan dan TV3 petang tadi..
- Kerajaan Mongolia akan hantar Pasukan Penyiasat ke...
- Bekas-bekas Isteri dan mangsa-mangsa kerakusan naf...
- Dokumen bukti Najib serah kontrak RM1 Billion kepa...
- Isu doa: Kariah buat laporan polis terhadap TV3..
- Timbulnya Scorpene akan menenggelamkan Najib?
- Video Peserta Himpunan Sedar menyerang peserta Pra...
- Kementerian Luar sedih Najib dilabel 'Demokrat Pal...
- PANAS!! Akhbar Kanada label Najib sebagai 'Demokra...
- Skandal Scorpene: Gambar Menunjukkan Altantuya Ber...
- Khatib hanya doakan pemimpin zalim dan rasuah tumb...
- Anak VVIP didakwa serang peninju negara.. anak Naz...
- Najib kata.. PKR Selangor yang bergolak.. tapi ini...
- Najib anugerah projek bernilai RM960 Juta kepada G...
- Himpunan Hijau di Butterworth, laporan dari pencac...
- Kenyataan Media dari Rafizi Ramli, isu letak jawat...
- 1000 saja hadir di Merdeka Rakyat Nibong Tebal?.. ...
- Wanita misteri tampil beri penjelasan - Ummi Hafil...
- Dah agak dah... mesti dijadikan isu punyalah..
- Kerana terdesak.. UMNO Johor guna budak Sekolah un...
- Presiden Ceupacs ni dah jadi agen UMNO ka?
- Sebab-sebab Rafizi dibenar meletak jawatan - PKR S...
- Najib ketawa sebab PKR Selangor dikatakan bergolak...
- Mahu menyelamatkan air muka Najib, Sinar padam ken...
- LIVE!! Pidato Perdana Merdeka Rakyat di Bukit Gant...
- Setiausaha Sulit Menteri nyaris ditipu RM4.2 Juta....
- Dengkinya Depa!! Banner Program Himpunan Hijau But...
- Guan Eng akan serahkan RM220,000 gantirugi dari Ut...
- PRU masa haji bukan perkara baru kata Najib..
- Kenapa saya bersama Pakatan Rakyat? - Bekas Bendah...
- Digertak isteri Zahid Hamidi.. Pasukan Senaman Pun...
- Najib kata debat bukan budaya kita...
- Cikgu Normala sahkan Blogger UMNO fitnah dia.. dan...
- Untuk kali kedua Utusan disahkan fitnah Guan Eng d...
- Kenapa saya letak jawatan dari Kerajaan Selangor? ...
- Alahai Terengganu.. Runtuh lagi...
- UMNO Parti Perkauman - Kayveas kata...
- Rafizi letak jawatan dalam Kerajaan Selangor sebab...
- Ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam tiada sambut...
- No. Plet 'PKR 1' dijual pada harga RM99,555 dan pe...
- Pelakon Hairie Othman akan sertai PAS 6 Julai ini....
- Bukti Mahasiswa Dikerah Kempen Untuk UMNO/BN
- Gagal memujuk, Najib mengugut pula...
- Panas!! PapaGomo tumbuk muka lelaki berusia 53 tah...
- Video Ahli Parlimen BN menikus bila dicabar Anwar ...
- Arman bersumpah dia cuma dibayar RM1,700 semasa be...
- Taktik baru untuk menghalang ceramah Pakatan Rakya...
- Empat asset NFC disita bantu siasatan pecah amanah...
- Muhyiddin minta setiap Kilang hantar 200 orang unt...
- Perutusan Sempena Peristiwa Israk Dan Mikraj dari ...
- AmenoWorld takde telor guna gambar bini bagi kabur...
- Debat Saifuddin dengan Salahuddin tak ada faedah A...
- 'Anwar terima RM60 juta' adalah fitnah Nallakarupa...
- Nazri Aziz dedahkan 4 tahun berkuasa Najib habiska...
- Video Pemimpin UMNO Perak halau rakyatnya..
- Anak Shamsidar Senyum Kepada Anwar...Kenapa?
- Apa kejadahnya Jabatan Perdana Menteri nak bela le...
- Video Zul Nordin pucat lesi bila sesi soal jawabny...
- Rafizi nak menyusahkan UMNO/BN lagi...
- Penyeksaan ala Guantanamo di Kamunting?
- Gobala.. bertukar dari penceramah menjadi pendenga...
- 'PG1'.. Pasal apa pemimpin MCA bodoh sangat nie??
- Tamrin dedahkan kerana Muhyiddin, Johor hilang RM4...
- Habislah Anwar.. Ummi Hafilda kata dia ada 'Bukti ...
- Anwar Ibrahim latih Gerila di Indonesia pulakdah.....
- Malaysia terus berhutang kerana UMNO/BN tak bertan...
- Muhyiddin umum bina 250 rumah kos sederhana.. tap...
- Terdesaknya UMNO/BN nak memenangi hati pengundi Ci...
- Scandal Scorpene: Sapina pertama telah dikeluarkan...
- Rezeki Zamil mencurah-curah selepas meninggalkan p...
- PRU13 selepas Aidilfitri?
- UMNO undang anggota Parti Komunis China ke Malaysi...
- Zul Nordin lari bila sesi soal jawabnya diserbu pe...
- Najib habiskan RM3 Juta dalam masa 3 hari..
- Bakal besan Najib berbangga dengan anaknya..biarpu...
- Dua lelaki ditangkap KPK bukan penasihat Kerajaan ...
- Najib habiskan RM20 Juta untuk Panda.. dan Panda i...
- Projek anak bekas Menteri UMNO rupanya Human Trafi...
- Ceramah tiada sambutan.. Ezam Mat Nor bercakap den...
- Najib minta RM14 Billion lagi untuk dibelanjakan.....
- Penasihat Kerajaan Malaysia bantu suspek kes rasua...
- Bakal menantu dituduh menipu.. Rosmah tak kisah......
- UMNO Terengganu anugerah pulau buat kroni?
- Tengok nih!! Mudahnya Noh Omar diperbodohkan oleh ...
- Anwar saman New Straits Times kerana fitnah beliau...
- Nazri Aziz kata Garam dan botol air boleh guling k...
- UMNO/BN Pulau Pinang masih tak sedar diri.. ini bu...
- Khairy punca UMNO tunggang langgang dan tak layak ...
- Tanah rizab Melayu dimiliki keluarga pemimpin MCA....
- Baca dan sebarkan jika anda sayang saudara Islam a...
- Himpunan BERSIH 'haram' bukan fatwa tapi nasihat k...
- SD bekas Pengarah BPR yang membuktikan Anwar tidak...
- Bakal Menantu Najib dituduh menipu USD20 Juta..
- UMNO bukan parti Asobiyah kata Ahmad Maslan..
- Apahal Mashitah dengki sangat kat Ustaz Azhair Idr...
- Pemimpin UMNO yang mana nak seret Raja dan campak ...
- Terpedaya dengan Utusan rupanya.. sebab itulah pes...
- UMNO Pulau Pinang menggigit jari lagi...
- Usul tergempar isu jual rahsia negara ditolak.. ap...
- Tuduhan Anwar miliki RM3 Billion tidak berasas kat...
- Anwar sahkan rundingan dengan MP dari Sabah..
- WWW1 Sultan Johor, WWW15 Liow Tiong Lai.. PKR1 sia...
- Tranformasi Najib semakin menyerlah.. Dua MP BN ak...
- Gadis cantik tak akan keluar mengundi jika guna da...
- UMNO anjur dangdut untuk sabotaj Ceramah Ustaz Azh...
- Muhyiddin!! sebelum tunjuk akaun.. jelaskan siapa ...
- Peluang Najib untuk jadi Ketua Pembangkang semakin...
- Gagal peroleh sejuta 'LIKE' di FB.. BERSIH 4.0 nak...
- Rafizi akan tinggalkan dunia politik?
- Ceramah Merdeka Rakyat di Kajang.. (Video ucapan D...
- Pak Samad deklamasikan 'Luka Riadah' Dihadapan Run...
- Faekah kata Pengerusi PTPTN keluarkan kenyataan bo...
- 'Jangan ingat saya lembab', kata Anwar.. err.. lem...
- Kenyataan nak cover malu dari seorang Menteri.
- Najib! Hang ingat orang Kulim bodoh sangat ka?
- Pak Lah enggan pertahan Kepala Batas dan UMNO mula...
- Kes Bunuh Altantuya: Permohonan Azilah tambah alas...
- Bila buat kerja tak guna otak inilah jadinya.. Sek...
- PTPTN: Pelajar KUIS juga turut dianiaya UMNO/BN..
- Najib akan saman The Phnom Penh Post ?
- Khairy turut pertikai tindakan Muhyiddin beku PTPT...
- Langkah bingai Muhyiddin bekukan PTPTN dibidas pem...
- Unisel cair aset bantu pelajar dianiaya Kerajaan B...
- Khalid Samad Dedah Video Agen UMNO/BN Cuba Beli MP...
- Usul dari Nurul Izzah yang akan ditolak mentah-men...
- Scandal Scorpene timbul di Malta pula...
- Takut diboikot kerana letak gambar Najib dibekas m...
- PANAS!! Scandal Scorpene disiarkan di Cambodia pul...
- Surat mohon maaf dari Penaja tarian K-Pop di Berta...
- Nik Aziz difitnah lagi!! kali ini pegang tangan pe...
- Khaled Nordin 'gembira' siswa tak dapat pinjaman?....
- Bukti TNB naikkan tarif elektrik dalam diam...
- Jika kerana K-Pop di Bertam Nite PKR dikatakan ter...
- Kini Ceramah Hassan Ali lebih banyak kerusi dari o...
- Tarian K-Pop di Bertam Nite: Penjelasan dari Penga...
- 688 Ahli PAS sertai UMNO?.. satu lagi pembohongan ...
- Liow Tiong Lai tidak pasti siapa bayar RM24,200 un...
- Tiada peruntukan untuk menteri 'beli' nombor kata ...
- Pemuja Mahathir rupanya Proffesor ni.. patutlah di...
- BN dalam bahaya kerana salah akidah - TG Nik Aziz
- UMNO/BN ada kemungkinan akan berhadapan dengan kek...
- Kosmo mempersendakan WWW1.. Tak mahu diharamkan da...
- UMNO jual geran tanah RM24,000 tapi Pakatan jual c...
- Rakyat ditipu dengan subsidi petrol?
- Pembangkang mungkin cetus huru hara kata Hishamudd...
- Ribuan juga hadir dalam Merdeka Rakyat di Permatan...
- Nik Aziz Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajj...
- Jangan biarkan Pakatan Rakyat jahanamkan negara ka...
- Ramai bengang RM10 Juta untuk Himpunan Belia..
- Bodohnya kenyataan MB ni.. siapa yang lantik dia j...
- Jumlah sebenar dibayar kepada artis 'K-Pop' dideda...
- Jelajah Merdeka Rakyat malam ini di Permatang Pauh...
- Lautan Manusia di Himpunan Hijau ke Putrajaya (Gam...
- Ustaz Azhar Idrus catat rekod baru Stadium Darul A...
- BERSIH 3.0 sebabkan populariti Najib merosot..
- Al-Fatihah, Blogger D'perbatasan kembali ke rahmat...
- RM2.04 Juta untuk 'K-Pop' bukan isu jika ditaja ka...
- Bekas Ketua Pengarah BPR nafikan tuduhan rasuah te...
-
▼
June
(172)

